Pengiraan kalori untuk mencapai berat badan ideal

Apakah salah satu perkara utama yang perlu anda tau dalam proses menurunkan berat badan mahupun menambah berat badan atau untuk sekadar nak maintain sahaja berat ideal anda?

Pengambilan kalori harian makanan anda!



Yup..Itu salah satu faktor yang menentukan kadar kejayaan anda mencapai berat idaman juga, sebab itu anda perlu mengetahui BMR @ RMR anda.

Apakah BMR?
*Kadar di mana tenaga (kalori) digunakan untuk kelangsungan hidup yang penting dipanggil Basal Metabolic Rate (BMR). Metabolisme basal termasuk sebahagian besar daripada perkara-perkara yang menyokong kehidupan - seperti pernafasan, peredaran darah, peraturan suhu badan, operasi sistem saraf, dan lain-lain, tetapi tidak termasuk tenaga tambahan yang diperlukan bagi apa-apa aktiviti fizikal tambahan seperti senaman gimnasium.

Dalam erti kata lain, jika anda cuma berbaring di tempat tidur sepanjang hari tidak melakukan apa-apa lagi, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya bilangan kalori yang lebih kurang sama dengan BMR anda untuk mengekalkan fungsi normal badan anda. Metabolisme basal menggunakan 60-70% daripada jumlah perbelanjaan kalori harian badan.


Apakah RMR?
*Kadar Metabolik Rehat (RMR) adalah bersamaan dengan BMR tetapi diukur dalam keadaan yang kurang ketat. BMR biasanya menganggap keadaan makmal khas di mana walaupun suhu bilik mempunyai untuk menjadi tepat. RMR adalah nilai BMR yang disesuaikan untuk persekitaran hidup biasa. Nilai RMR adalah kira-kira 15% lebih tinggi daripada nilai BMR. Dalam pengiraan diet anda, anda boleh menggunakan nilai RMR bukan BMR yg lebih pada pengiraan tepat saintifik.


**************************************************************

Okay, kita ke pengiraan utama dahulu.
Nak tambah berat badan??Nak kurangkan berat badan??Nak maintain berat badan??

Berapa keperluan kalori harian saya perlukan?

Jom mengira!!

Langkah 1) Kira BMR @ RMR anda. 

Wanita: BMR = 655 + ( 9.6 x berat dalam Kg ) + ( 1.8 x tinggi dalam cm ) - ( 4.7 x usia )

Lelaki: BMR = 66 + ( 13.7 x berat dalam Kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - (6.8 x usia )

Lagi mudah jika isi dalam widget di bawah shj:



Powered by BMR Calculator


========================================


Langkah 2) Tentukan keperluan kalori harian anda (Harris Benedict Formula)


a) Jika anda tidak aktif ( sedikit atau tiada senaman) :
Pengiraan Kalori = BMR@RMR x 1.2

b) Jika anda sedikit aktif ( senaman ringan / sukan 1-3 hari / minggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.375

c) Jika anda agak aktif ( senaman sederhana / sukan 3-5 hari / minggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.55

d) Jika anda sangat aktif ( senaman keras / sukan 6-7 hari seminggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.725

e) Jika anda terlebih aktif ( latihan yang sangat keras / sukan & kerja fizikal atau latihan 2x ganda ) : Pengiraan Kalori = BMR x 1.9



====================================

Langkah 3) Tentukan keperluan kalori harian yang perlu mengikut status semasa berat anda sekarang.

Nak TAMBAH BERAT = Lebihkan 500 kalori makanan harian anda pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK KURANGKAN BERAT = Kurangkan 500 kalori makanan harian pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK MAINTAIN BERAT = Amik kalori makanan harian dalam lingkungan yang anda dah kira pada no 2 tadi.

=====================================



**Pengambilan vitamin tidak menambah kalori makanan harian anda..Ia cuma membantu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral harian yang badan anda perlukan untuk menjalani rutin harian anda!


credit: http://www.bodyengine.com/

0 komen ditinggalkan: