Farm In The City, Seri Kembangan | Mini zoo yang mesra pengunjung

Siapa pernah sampai ke Farm In The City (FITC) kat Seri Kembangan ni? Sure korang rasa macam wahh, sangat best la kalau nak dibandingkan pergi melawat haiwan kat zoo yang biasa-biasa tu kan?






Haa, buat yang belum pernah pergi ke FITC ni dan bercadang nak pergi jalan cuti-cuti Malaysia di sekitar Selangor atau KL dan berhampiran tu, jangan lupa tau singgah ke FITC sana. Ida memang sangat syorkan korang pergi tau, lagi-lagi kalian yang ada anak kecil (1 tahun ke atas) yang sedang dalam proses mengenali haiwan yang jinak-jinak kebanyakannya ni.

Kalau anak-anak terlalu kecil bawah setahun Ida rasa mungkin dorang tak berapa pandai nak feeling enjoy sangat. Tapi okay je nak bawak pun. Mak bapaknya boleh la. Haha. Kalau dah 2 years above maybe kebanyakan anak-anak dah boleh bercakap dan bertanya kan, so proses nak berinteraksi dan tengok ekspresi mereka dengan haiwan yang ada pasti lebih mudah dan seronok la kan?

Seronok tau masuk FITC berbanding bawak anak-anak pergi Zoo biasa tu. Kenapa?

Haaa ni nak story cemana kitorang pun boleh terjebak sampai ke FITC ni jugak aritu. Okay ni cerita throwback tahun lepas la ye. Dalam bulan 10 gitu la kut kami pergi ke sana. Banyak sangat alasan sampai lupa nak update entry blog. Huhu. Harap cerita belum basi. Hehe.



Actually, asalnya anak-anak Ida peminat cerita Lara oh Lara kat Astro tu. Satu hari kitorang tengok la episod Lara pergi buat aktiviti masuk ke FITC ni dengan SchAwal. Yang menariknya bagi kitorang nak datang tu satu sebab anak-anak memang jenis minat haiwan.

Suka sangat diorang tengok aksi Lara berjinak-jinak dengan haiwan peliharaan dalam FITC tu. FITC ni ala-ala zoo tapi yang lebih mesra pengunjung tau!

Kat FITC pengunjung berpeluang nak mendekati haiwan-haiwan peliharaan kat sana dengan sedekat-dekatnya. Boleh pegang, sentuh, belai, bergambar, bagi makan secara terus. Memang la anak-anak akan enjoy habis dapat peluang macam tu.


Lokasi FITC

FITC ni Ida pun asalnya tak tau juga lokasi tepat kat mana. Kebetulan masa pertengahan Oktober tahun lepas Ida ada kursus kat Putrajaya. So bermalam lodging kat rumah adik di Taman LTAT Bukit Jalil aje. Sebab kursus tu tak sediakan penginapan.

So Ida yang belum familiar jalan nak ke Putrajaya dari Taman tu mula buka Google maps. Jalan short cut takde tol boleh lalu melalui Seri Kembangan ni la. Dalam mencari jalan tu yang nampak lokasi Farm In The City ni.

Landmark nak tuju ke sini kena cari Giant Seri Kembangan dan juga The Atmosphere belakangnya tu. Haa...betul-betul jalan belakang The Atmosphere tu la letaknya Farm In The City ni. Haa, betul-betul kena konsep namanya. Ladang dalam bandar gitu! Hehe.

Tapi kalau nak mudah korang Waze aje la Farm In The City, confirm sampai kecuali Waze korang buat hal. Hehe.

Parking dalam dekat dengan pintu masuk tu ade terhad sikit. kalau hari ramai orang, parking Full gak tu. Boleh gak parking tepi-tepi jalan luar tu kalau nak pergi juga even parking dalam full. Pandai-pandai korang la ye.

Waktu Operasi & Bayaran Tiket Masuk FITC

Okay bab waktu operasi dulu Ida share ni.

Yang best sebab hari public holiday & school holiday dibuka tau. So cuti-cuti tak tau nak jalan ke mana boleh la masuk list juga FITC kat Seri Kembangan ni buat yang berdekatan.

Harga tiket masuk:


Normal Rate:
RM48.00 per adult
RM38.00 per child

MYKad Discount Rate:
RM32.00 per adult
RM27.00 per child

Notes:-
*Child denotes below 11 years old
**Child below 90cm in height is FOC.
***Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.

Family Package is at RM116 for 2 adults and 2 children below 11 years old. Package Includes:
- 2 souvenir gift
- 1 box of animal feed
- 2 Complimentary Child Ticket to KL Tower Mini Zoo
- 2 certificate for children.


Masa hari kejadian Ida datang dulu, kami tak amik Family Package pun. Sebab dewasa cuma Ida sorang aje. Husband takde datang sama masa tu. Irdina pula masuk Percuma la sebab belum cecah ketinggian 90cm lagi masa tu.




Apa aktiviti menarik kat FITC ni?

Tengok haiwan laaaa. Apa lagi? Yang best sebab boleh bagi makan kat haiwan-haiwan yang dipelihara dalam ni secara dekat gitu. Makanan tu nanti diorang akan provide la kat sana ikut jenis haiwan yang ada tu. Takyah susah-susah nak bawak makanan dari luar ye. Better minta dengan kakitangan diorang aje bila dah sampai satu-satu lokasi tu. Nanti diorang bagi.

Ini antara aktiviti yang anak-anak Ida sangat enjoy buat time kat sana, dah habis pusing siap nak  minta pusing lagi sekali. Haha maaplah nak, mama dah penat! Lain kali kalau nak datang dengan ayah pulak ke kemudian hari.

A video posted by Ida Iar (@idaiar) on









Kalau rasa anak-anak nak tunggang kuda ponny tu pun boleh dan ada time dia la.


Yang pasti habis round satu tamannya dan sebelum keluar taman, tiga-tiga anak Ida diberi sekeping sijil tanda dah selesai aktiviti round dalam FITC tersebut. Dapat juga voucher RM5 untuk pembelian minimum rm30 kat kedai cenderamata FITC kat awal-awal kita sampai sana tu.


So beli la 2 ketul fridge magnet FITC sebagai kenangan sebelum balik. Anak-anak sempat minta nak mainan juga..adehh. Kawtim sket dengan diorang ni dapat la yang tak berapa mahal sebagai pilihan hati. Ni bahaya jalan dengan anak-anak tanpa encik suami teman. Suka dorang minta apa-apa aje. Sebab tau mama ni memang murah hati sangat la dengan pujuk rayu dorang. Ada yang senasib tak? Haha.

So anyone yang sedang mencari lokasi nak jalan-jalan cuti sekolah nanti ke or dihujung minggu ke, boleh la plan datang FITC nanti. InsyaAllah sangat best kalau korang enjoy dengan all the animals there.



0 komen ditinggalkan: