01 Oktober, 2014

6 punca pitam yang perlu anda ketahui

 Pernah merasa simptom-simptom ini secara tiba-tiba?

*Pening
*Kulit menjadi sejuk
*Sedikit berpeluh
*Pandangan kabur/berpinar-pinar
*Rasa lemah badan
*Vertigo
*Loya
*Pucat

Itu tandanya anda sedang pitam. Jika tidak diambil tindakan segera anda berkemungkinan akan jatuh pengsan secara tiba-tiba. Pitam dan pengsan merupakan situasi yang berbeza ya..jangan salah faham.

Pitam adalah berpunca daripada kekurangan darah di bahagian otak. Kekurangan tekanan darah di bahagian otak menyebabkan otak kekurangan oksigen dan glukos. Apabila ini berlaku, otak akan bertindak pantas menutup peranannya yang tidak penting dan memfokus kepada bahagian kawalan penting seperti pernafasan.

Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pitam hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.

Sewaktu dalam keadaan pitam, kita masih boleh mendengar percakapan orang disekeliling kita tapi biasanya tidak dapat memberi respon kerana terlalu lemah. Pengsan berlaku sekiranya keadaan pitam tadi dibiarkan hingga kita mula jatuh dan tidak sedar dengan perkara disekeliling kita.

Maka sebaiknya jika berhadapan dengan mereka yang sedang pitam/pengsan ini, sebaiknya jangan dudukkan pesakit tapi baringkan mereka tanpa dialas kepalanya. Apabila berbaring aras kepala perlu berada sama aras dengan jantung. Bahagian kaki / betis boleh ditinggikan sedikit untuk mempercepatkan aliran darah naik ke kepala dan otak lebih baik.

Kebiasaannya mereka akan kembali sedar selepas beberapa minit. Jika masih dalam keadaan pengsan yang agak lama, jangan berlengah untuk membawa pesakit ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.


Mengapa terjadinya pitam?


1) Persekitaran
Keadaan sekeliling yang mendesak tubuh badan anda seperti berada dikawasan yang sesak, melakukan senaman/aktiviti fizikal yang berat, terlalu lapar dan haus mahupun berdiri terlalu lama dalam cuaca panas boleh menyebabkan anda pitam dan pengsan.

Terdapat sistem vasovagal yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah dalam badan kita.Apabila sistem ini terganggu, terjadilah pitam.

Terdapat dua jenis syncope iaitu vasovagal syncope dan hypoxic syncope. Vasovagal syncope adalah keadaan di mana emosi tertekan mahupun rasa tidak selesa berada di khayalak ramai. Apabila emosi bercelaru, ia menghalang darah ke otak dan menyebabkan pitam. Hypoxic syncope pula berlaku kerana kekurangan oksigen (hypoxia) iaitu apabila udara mengandungi kurang daripada 16% oksigen.

2) Ibu mengandung
Rahim yang membesar akan menekan saluran darah besar aorta dan inferior vena cava yang menyalurkan darah semula ke jantung serta ke otak. Perubahan dalam sistem darah ini boleh menyebabkan pitam. Tekanan darah yang tidak stabil boleh menjadi punca ibu mengandung mengalami situasi ini.

3) Kurang gula dalam darah
Otak memerlukan bekalan gulayang berterusan untuk berfungsi 24 jam tanpa henti. Kekurangan gula biasa berlaku pada mangsa bencana alam yang kekurangan bekalan makanan untuk beberapa hari. Mereka yang menjaga pemakanan dengan ketat juga mengalami masalah serupa. Kandungan gula sebanyak 3.5mmol/ml menyebabkan seseorang itu mula pusing kepala manakala bacaan 2.0mmol/ml pula boleh menyebabkan pitam terjadi.

4) Hyperventilation
Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu menarik nafas pendek tetapi laju. Boleh terjadi jika mereka terperanjar, stress, mengalami keresahan, rasa takut melampau, dan sebagainya. Ketika situasi ini berlaku, kadar kepekatan karbon dioksida akan menurun secara mendadak dan meyebabkan pitam.

5) Anemia
Anemia berlaku apabila seseorang pesakit itu mempunyai kurang bilangan sel darah merah. Sel-sel ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan otak.

6) Masalah jantung
Degupan jantung yang tidak seragam dan kebocoran kecil pada dinding tengah jantung akan menyebabkan pitam secara kerap. Jika seseorang itu selalu pitam jika melakukan aktiviti yang berat, eloklah berjumpa dengan doktor untuk kepastian lanjut.

Sekiranya pitam terjadi akibat yang dapat dikenalpasti ia tidaklah terlalu serius. Namun jika ia sering berlanjutan sehingga tahap selalu pengsan tiba-tiba, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor untuk mendapatkan kepastian jika ada masalah atau penyakit lain.

(Olahan input dari : drzubaidi.com )

Adakah pengambilan suplemen Shaklee membantu atasi masalah pitam ini?

Ya, suplemen Shaklee boleh membantu untuk anda mengelakkan masalah pitam ini dari berterusan bagi situasi tertentu seperti berikut:

Jika anda ibu mengandung atau mereka yang pesakit anemia sering mengalami situasi Hb rendah (bacaan kurang dari 10) ataupun tekanan darah yang rendah mahupun kurang terkawal, pengambilan suplemen Shaklee berikut pasti banyak membantu anda mengelakkan diri dari cepat pitam.
 
Pengambilan Vitalea dan B Complex boleh membantu meningkatkan kembali kadar hemoglobin darah anda sekaligus membantu melancarkan peredaran darah dengan  baik. Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk keperluan nutrisi tubuh anda.Manakala B Complex Shaklee lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B yang penting termasuk asid folik.


Vitalea 120 biji - RM88.75
B Complex 120 biji - RM 53.75
  
Manakala jika anda sering pitam akibat melakukan senaman/aktiviti fizikal yang berat mahupun sentiasa berada dlm keadaan cuaca panas yang boleh menyebabkan badan dehidrasi anda boleh cuba tambahkan pengambilan Performance Drink juga sebagai minuman harian. 

Performance Drink 539g - RM 82.50
Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh kehilangan nutrisi penting yang diperlukan. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

Performance Drink mempunyai lebih elektrolit dan menyediakan lebih banyak tenaga daripada minuman penghidratan terkemuka. Gabungan elektrolit proprietari OPTI- Lyte ™  ditambah campuran unik karbohidrat menyampaikan tenaga segera dan berterusan dan menyokong penghidratan optimum. Sekaligus ia mampu membantu mengelakkan diri dari mudah pitam juga bila beraktiviti lasak.

Jika anak-anak pula yang mudah pitam? Itu mungkin disebabkan mereka mengalami masalah kekurangan nutrisi yang mampu melancarkan peredaran darah dengan baik. Meal Shakes+Performance Drink merupakan suplemen yang bersesuaian dengan peringkat usia kanak-kanak.
Meal Shakes 544g - RM113.75

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang tersebut secara COD atau secara pembayaran pindahan tunai, boleh hubungi saya melalui SMS/ Whatsapp "SET ELAK PITAM" ke 013-9230280.

Adakah pembelian produk diatas boleh menggunakan kad kredit/kad debit?

9 komen ditinggalkan:

suhaili mohd isa berkata...

Thanks for sharing info berguna ni 😊

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing this useful info :)

anne berkata...

thanks for the info, may Allah bless you

Zainol Husin berkata...

Terima kasih . Ini membantu assignment saya . Haha (salsabila 18)

ayie 79 berkata...

Thank for sharing...patutlah aku hampir2 pitam...

Madam Z berkata...

anak saya mengalami pitam...setiap kali di perhimpunan dia mesti akan pitam..macam mana nak pulihkan pitam ini dengan segera??

kembara berkata...

thank for sharing
semalam sy hampir pitam masa exercise
di gym. mungkin akobat

kurang gula

Sophia Zain berkata...

Saya hari hari pitam perangai saya macam nombor 4 memang betul

Jier berkata...

Treerima kasih info